KiTaSaHaBat SeLaMaNyA

Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan...

Rabu, 3 Ogos 2011

renungkan!!! hal rumahtangga!!!♥♥♥

pipi_gebu


(¯`v´¯)
`•.¸.•´`•.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`•.¸.​¸¸.•*❤
~► بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
beruntunglah para lelaki yang memiliki
Para isteri yang solehah dan beruntung
Juga para wanita yang memiliki suami
Yang soleh dan kedua mereka berusaha
Untuk terus menjadi soleh juga solehah
Maka beruntunglah mereka di dunia
Dan diakhirat
♥♥

Wanita yang bahagia adalah wanita yang membahagiakan suaminya
demi Allah,Dan wanita yang berharga adalah wanita yang menjaga
Agamanya demi mendapat redha tuhanNYa
♥♥

♥ .:|:. ♥ .:|♥ .:| ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.♥ .:|:. ♥ .:|♥ .:| ♥ .:|:. ♥
✿Jika semua yang kita kehendaki terus kita MILIKI dari mana kita belajar IKHLAS♥
✿Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD dari mana kita belajar SABAR♥
✿Jika setiap doa kita terus DIKABULKAN bagaimana kita dapat belajar IKHTIAR♥
✿Jika hidup kita selalu BAHAGIA bagaimana kita dapat kenal Allah lebih DEKAT♥
✿YAKINLAH dan PERCAYA segala ketentuanNya adalah TERBAIK untuk kita♥
ღ¸.•´¯)♥InsyaAllahღ¸.•´¯)♥

TUHAN TU WUJUD KER???!!!!

pipi_gebu
ADAKAH TUHAN WUJUD??

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam- macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian.

Tiba- tiba SI PENGGUNTING RAMBUT itu bertanya suatu soalan yang agak berat.
 “Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.
“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.
“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.
“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.
“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.
“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.
“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba- tiba lelaki itu mengajukan soalan ISTIMEWA kepada si penggunting rambut.
“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.
“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.
“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, ITULAH JAWAPAN KEPADA PERSOALAN encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu. Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.
"Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…"

dengkur membahayakan!!!!!

pipi_gebu


krohhhh..krroohhh...krrroohhhh....
OMG mmg bising kn kalau time kite tgh sedap tido ade kwn kite dengkur..hihih..tp nk taw x dengkur tu sbnr BAHAYA!!!!! time dengkur..kmungkinan utk lidah terbalik kebelakang bpontensi besar disebabkan oleh otot yg lemah..jd akan MNEYEKAT SALUR PERNAFASAN..ia lbih bhya lau jdi kpd kanak2...tp ade lg sbb yg boley tjadine dengkur ni spt struktur uvula (anak tekak) yg pjg,hidung bengkok...huhuh...mmg nmpk besa je kn..tp ia sbnrnye sgt bhya
paling mbimbangkan bila tjadi 'sleep apnea' iaitu bhneti bnapas..kdg2 bt kite tcunggap2..huhuh..gerun..lau ni blaku..korg kene jumpe doktor!!!


Petua untuk mengurangkan dengkuran:
  • Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
  • Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
  • Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
  • Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
  • Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
  • Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
  • Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang 

**jgn amik mudah ye!!!!wlpon kite muda..tp ia selalu tjadi kpd org badan besar,leher pendek dan besar...